Korea Trip (2009): Part I – COEX & CasaVille Residence

Previous entry: The 9th Asian Conference on Clinical Pharmacy (ACCP9), Seoul, Korea.


Ya, saya ke Seoul pertama kali tahun 2009. Lepas beberapa tahun baru nak buat blog entry? Sibuk kononnya. Heh!

Saya ke sana pada 25 hingga 30 September 2009 untuk menghadiri persidangan ACCP9, seperti yang saya ceritakan dalam entry sebelum ni: The 9th Asian Conference on Clinical Pharmacy 2009. 

 

SNC01178_thumb11

Hello Korea..!! Err.. kat mana nak ambil luggage ni?

 

Kami sampai di Incheon International Airport pada pukul 7.30 pagi. Bertolak dari KLIA pukul 11.30 mlm sebelumnya. Kemudian, kami beli tiket Airport Limousine Bus. Tambang bas Deluxe adalah 14,000 KRW (=rm42). Puas hati sebab naik bas sangat selesa dengan legroom yang luas. Dengarnya, ada juga bas Standard tambang 9,000 (=rm27) macam bas ekspress biasa. Perjalanan ke bandar Seoul ambil masa lebih kurang satu jam.

 

SNC01179_thumb5

Tempat menunggu Airport Limo Bus

 

Selain tidur, saya sempat belek-belek presentation notes yang saya akan bentangkan hari ni! Bila sampai di stesen bas di bandar, kami ambil teksi ke tempat penginapan. Pemandu teksi tak fasih sangat bahasa Inggeris. Kami tunjukkan je alamat di booking confirmation sheet.

 

Kami menyewa di CasaVille Service Residence di daerah Gangnam-gu. Masa tu, hype pasal Gangnam ni belum menular lagi. Hehe. Kami pun tak tahu menahu pasal Seoul masa tu. Pilih tempat ni pun sebab berhampiran dengan conference venue.  (nanti saya akan ceritakan pasal CasaVille ni kat bawah). Sampai di hotel lebih kurang pukul 10.30 pagi. Kami berjaya dapatkan early check-in. Kami terus mandi dan bersiap nak ke conference. Saya dijadualkan present hari ni! Nasib baik lah giliran sebelah petang.

 

SNC01182_thumb2

Dalam perjalanan ke conference venue.

 

Suhu di sana lebih kurang 20-22 Celcius pada tengah hari tu. Awal musim autumn. Belum terlalu sejuk. Saya pakai kemeja dan trench blazer suit. Bila angin bertiup, rasa lah juga dingin nya. Tapi, masih selesa untuk berjalan kaki dalam bandar ni. Kurang berpeluh dan kurang terasa letihnya. Asalkan lebih sejuk dari Malaysia, dah cukup seronok.

 

COEX Convention & Exhibition Centre

Persidangan yang saya hadiri berlangsung di COEX Convention & Exhibition Centre. Terletak di COEX Complex yang amat mengkagumkan; sebuah kompleks besar yang memuatkan dewan persidangan, hotel-hotel dan kediaman mewah, pusat-pusat hiburan dan membeli belah, dll. Stesen Subway yang terdekat dengan COEX ialah Samseong Station (line 2).

K010

 

K011

 

K014a

 

K013a

“It is located in Samseong-dong of Gangnam-gu district, Seoul, is one of South Korea‘s largest convention and exhibition centers. The four-story center has four exhibition halls and 48 meeting rooms. Situated on Teheranno in Samseong-dong, Gangnam-gu district of Seoul, the site is part of the COEX complex which includes the convention and exhibition center, the COEX Mall, three luxury hotels, an urban airport terminal, a multiplex cinema, the COEX Aquarium, CoexArtium Theater, ASEM Tower and the Seven Luck Casino. Up to 200,000 people visit it for work and shop every day” – Wikipedia.

K016

K018

Beberapa gambar di luar dewan persidangan. Amat bersih terjaga.

K019

 

<a href="http://www viagra sample pills.syahierafarhana.com/wp-content/uploads/2013/10/K020.jpg”>K020

 

Kata orang, “COEX is not just a hub of commerce but also offers a glimpse into the lifestyles of the young, urbane and well-to-do Seoulites”. Saya bersetuju dengan kata-kata itu. Orang-orang Korea yang kami jumpa dalam perjalanan pergi balik ke COEX setiap hari, semuanya bergaya dan fashionable. Tak kira lelaki atau perempuan. Memang setiap hari cuci mata lah kami. Kagum dengan kecantikan dan gaya mereka berpakaian kerja. Semua kelihatan seperti model atau pelakon yang baru keluar dari TV!

COEX Mall

Antara perkara yang menggembirakan hati saya ialah berjalan-jalan di COEX Mall. Ya lah, pusat beli belah ni bersambung dengan COEX Convention Centre (which is either good or bad idea). It is Asia’s largest underground shopping mall with an area of about 85,000 sq meters. Sehabis program, kami berpeluang berjalan-jalan di mall ini sebelum berjalan kaki pulang ke kediaman kami (memang kami akan melalui beberapa mall dan kedai). It’s a really big mall. Nice place for window shopping and people watching. Saya sempat masuk ke kedai alat tulis Artbox. Excited bila jumpa alat tulis dan barang yang comel-comel. Saya beli (beberapa) pocket organizer. Untuk diguna sampai beberapa tahun akan datang Winking smile 

Selain tu saya beli phone casing yang cantik; in red faux leather. Dengan harga 12,000 KRW (=rm36).Kebetulan saya menggunakan smartphone Samsung pada masa tu. Aksesori telefon Samsung memang banyak pilihan dan mudah dijumpai di mana-mana di negara asalnya itu. Banyak barangan berjenama, termasuklah jenama premium boleh didapati di Coex Mall. Antara jenama yang familiar ialah Zara, Giordano & TGI Friday’s. Walaupun banyak bakery, cafe & restoren dalam Coex Mall, kami tidak makan di situ.

K009

Sebuah lagi shopping mall yang bersebelahan dengan COEX Mall ialah Hyundai Department Store. Tapi kami tak sempat explore pun (dari luar pun dah nampak kemewahan nya). Sebenarnya takut nak masuk. Hehe.

SNC01238

K021

CasaVille Service Residence, Samsung, Seoul.

casa2

Tempat persidangan kami di COEX bersambung dengan beberapa hotel 5 bintang seperti COEX InterContinental Hotel dan Grand InterContinental Hotel. Untuk berjimat, kami tidak tinggal di situ. Tetapi, kami menyewa di service residence berdekatan; CasaVille cawangan Samsung (tgk website http://www.casaville.co.kr/, ada 4 cawangan semuanya). Tak jauh dengan stesen subway, Samsung/Samseong Station. Stesen ini terletak betul-betul berdepan dengan COEX Complex. Jadi setiap hari kami berjalan lebih kurang 15-20 minit (ikut langkah orang Malaysia) untuk ke pusat persidangan di COEX.

 

Casaville

Peta dari COEX ke kediaman kami. Ikut laluan merah. Kemudian lintas jalan ke COEX. Tak jauh sangat berjalan kaki.

DSC05153

Depan Samsung Station (Gate 4?). Sebelum lintas jalan ke COEX.

 

SNC01208

Lorong berhampiran tempat tinggal kami.

 

entrance

Pintu masuk CasaVille, Samsung (Gambar: Google)

 

Korea 2009 day1 060

Dengan receptionists CasaVille Residence. Mereka tak fasih sangat berbahasa Inggeris. Setakat komunikasi asas boleh lah.

 

casa3

Lebih kurang macam ni bilik kami. Tapi lebih sempit sebab twin-sharing. Terpaksa solat atas katil, sebab tiada ruang atas lantai (Gambar: Google)

 

casa-ville-at-korea_7

Bilik kami agak sempit. Tapi ada small kitchenette. Ada juga working desk disediakan (Gambar: Google)

 

Korea 2009 day1 001

Ini lah dapur kami yang sebenar.

 

DSC05300

Hidangan makan malam kami di bilik. Semua makanan bawak dari Msia, kecuali telur rebus ambil kat cafe hotel masa breakfast Smile

 

Kami bawa banyak bekalan makanan dari Malaysia. Nasi impit, kuah/kari Brahim’s, sardin, serunding (kebetulan masa tu baru lepas Raya). Berterima kasih pada teman bilik saya yang sumbangkan banyak makanan macam ni. Sangat membantu di negara yang susah cari makanan halal. Saya banyak bawak roti. Pelbagai jenis roti. Yang paket kecil-kecil kami bawa bekal berjalan. Kami agak memilih untuk makan di luar sepanjang trip ini. Biasanya di bilik baru makan berat. Masak sendiri lebih yakin. Sebab tu lah boleh kurus sepanjang lima hari kat sana. Hehe.. Selain bekal roti masa berjalan, kami beli air susu kotak di kedai ala 7eleven yang banyak terdapat di sana.

 

samsung

Perkhidmatan komputer berinternet disediakan di lobi hotel.

 

SNC01203

Kawasan sekitar kelihatan selamat. Ada masanya kami keluar malam dan berjalan kaki ke kedai runcit berdekatan (melalui beberapa kelab malam).

 

SNC01547

Checkout time. Goodbye Seoul. Till next time..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.